Langkah
1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk
bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan
keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan
itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik
r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu
berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” artinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan
sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani) Para
salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan
Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk
awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma
ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima
tuhibbuhu wa tardha.” artinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada
bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan
kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan
redhai.”
Langkah
2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali
diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata,
”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat
dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur;
dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di
antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah
ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.
Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat,
kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
Langkah
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw.
selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang
bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang
penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada
bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu
neraka.” (Riwayat Ahmad). Salafus-salih sangat memperhatikan bulan
Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada
kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana
bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
Langkah
4, Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin
dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap
detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan
mendekatkan diri kepada Allah.
Langkah
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa
jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan
agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.
“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu
lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]
Langkah
6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib
bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib
mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa
kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang
berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an
surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
Langkah
7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk.
Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah
bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]
Langkah
8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses
tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan,
hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk
melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan
Langkah 9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.
Langkah
10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada
Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan
melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada
orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan
silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling
bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang
paling bermanfaat bagi orang lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar